Posts

Edisi 'Melayu' oleh Usman Awang

Image
Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar, Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut, Biar mati adat Jangan mati anak Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu, Mamak dan Malbari serap ke Melayu, Malah muallaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu) Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Malangnya Melayu itu kuat bersorak Terlalu g...

Edisi Malaysiaku Sayang

Image
Hai Assalam... Isnin lepas Cik CEO tanya ambo..kenapa kita cuti hari ni abah? Ambo jawab, sebab semalam 16hb (Ahad) kita cuti..so hari ni (Isnin) kita ganti la cuti semalam.. Owhhh..jawab ringkas Cik CEO macam paham.. Tapiiiii..kenapa kita cuti semalam? Huh..dah hagakkk..mesti ada soalan susulan..selagi tak terang sejelasnya kat beliau Kita cuti 16hb September tiap tahun sempena sambutan Hari Malaysia nakk.. Owhhh..tapiiii..hari tu kan dah Merdeka (31 Ogos)..hari Malaysia hari apa pulak?? Makin dalam soalan beliau...nampak? Ambo pun jawab..hari Malaysia tu hari Semenanjung Tanah Melayu ni gabung dengan Sabah dan Sarawak nak..Singapura pun ada sekali..masa 16 September 1963 tu PM pertama kita, Tunku Abdul Rahman baca satu Pemasyhuran..bunyi dia macam ni..lalu ambo segera pakai songkok, kasi senget sikit sambil pegang bendera..ambo baco teks hok ambo kopipess dari Wikipedia Bahasa Melayu tu : Dengan nama  Allah  Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-puj...

Edisi Rak Yang Tertangguh

Image
Hai Assalam Pagi ini Puan MD ada tugas khas di pejabat hakiki beliau setengah hari..tinggallah ambo dan Cik CEO meniti hari menunggu tengahari..lepas bersarapan percuma di rumah jiran sebelah (alhamdulillah..hehe), Cik CEO bertanya, "Abah..bila nak siap 'rumah' kakak ni?" sambil mengayuh basikal 3 roda beliau itu. Ambo dengan perut yang sendat dengan nasi gorang ikan bilis masakan jiran itu tadi, menjawab dalam nada kekenyangan.."Nanti lerrr..Abah cat hari ni..esok siap la.." ayat konfiden ambo bagi, disusuli dengan sendawa kecil..brruuppp..alhamdulillah.. Terus ambo dengan sedikit suntikan semangat untuk siapkan jugak RAK BAJU Cik CEO yang tertangguh proses akhir nya itu (tinggal lagi nak finishing jer pun), mencapai tin 'clear varnish' lalu dibancuh dengan 'thinner' dalam sukatan yang sesuai..lagi pun, cuti 3 hari ni memang siapkan RAK BAJU Cik CEO ni adalah keutamaan no.1 dalam 'Senarai Benda Nak Kena Buat Hujung Minggu Ini'..C...

Episod Pertama Edisi Blog Cik CEO

Image
Hai Assalam.. Malam-malam sebagaimana biasa, ambo asyik melayan pilihan lagu rock kapak kat SinarFM..dah masuk ke 4+ series ni, halwa telinga ni cuma terhibur dengan rentak lagu-lagu tika zaman umur 1+ dan 2+ series dulu jer la..sekali-sekala Cik CEO menjengah..'monitor' aktiviti online ambo la tu (hehe)..tau la esok dah weekend..sibukkkk jer nak tido lambat ikut jejak langkah ambo..padahal ambo ni sampai ke malam duk mikir hal dunia Cik CEO ni..idea nak kena selalu diperah untuk 'survival' jenama Cik CEO ni. InsyaAllah, ada masa nanti, ambo akan tulis sejarah perjalanan tentang bagaimana bermulanya episod 'Cik CEO Creations' ni.. Untuk malam ni, izinkan ambo mencari masa buat seketika dulu..idea bikin blog ni pun datang spontan jer..entah macam mana, tetiba jer muncul idea nak kongsi kisah perjalanan Cik CEO Creations ni dengan rakan-rakan maya edisi blog pulak..sebelum-sebelum ni, biasa 'up post' kat FB & IG jer kan..lepas-lepas ni, untuk entry...